Friday, January 15, 2010

Reunion pada 10/01/10

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Illahi kerana dengan izin-Nya, dapatlah kita menjayakan majlis perjumpaan kita pada hari Ahad 10/01/2010 yang lalu..

Walaupun kedatangan cuma 50%, tapi bagi saya itu adalah satu respon yang amat menggalakkan dari kawan2 semua.. Alhamdulillah.. Yang hadir adalah 15 orang daripada jumlah keseluruhan classmate kita 30orang.

Terima kasih kepada kawan2 yang hadir pada 1st reunion kita. Alhamdulillah, gembira rasanya dapat b
erjumpa semula setelah hampir 13 tahun kita tak berjumpa antara satu sama lain.. Kepada yg tak dapat hadir tu, kami semua faham masalah anda.. Especially Monn, org kuat utk 1st reunion.. Insya Allah, kita akan berjumpa lagi di perjumpaan yg akan datang..

Untuk perjump
aan yg akan datang, kami masih memerlukan cadangan dan buah fikiran dari kawan2 semua.. Diharap juga kawan2 dapat join group kelas kita.. http://www.facebook.com/group.php?gid=268897475217&ref=mf

Sekian, kerjasama dan perhatian dari kawan2 saya dahul
ukan dgn ribuan terima kasih..





Thursday, January 7, 2010

Agenda Reunion (Ahad, 10/01/10)

Berikut adalah agenda utk reunion yg telah dipersetujui bersama;


9.00am - 9.15am : Kumpul kat PICC (Pendaftaran bermula,sape tak daftar tak dpt makan,hehe)
9.15am - 9.30am : Bacaan tahlil dan doa selamat
9.30am - 10.15am : Sesi menjamu selera
10.15am-10.30am : Group photos
10.30am-11.00am : Appoinment of Class Committee include next agenda
discussion such as Family Day or Aidil Fitri Celebration (kanak2 seisi melukis, mewarna dan main2)
11.00am-11.50pm: Continue sesi menjamu selera dan bertukar2 cerita
11.50pm-12.00pm : Bacaan doa dan majlis bersurai


Monday, January 4, 2010

Kenangan.....

Jun 1994… permulaan hidup aku sebagai siswa ITM Caw. Johor...

Hari pertama

Ish… Payah benar pendaftaran siswa ITM ni. Kena ke sana ke mari nak buat pendaftaran. Pendaftaran course laa, pendaftaran kolej penempatan laa, pendaftaran itu laa ini laa. Pening kepala aku dibuatnya.

Diploma in Business Studies atau singkatannya DBS. Course yang memang minat aku dari sekolah lagi. Tapi bila tengok subjek, menggigil kepala lutut aku. “Boleh ke aku bawak course ni”, hati berdetik. “Gasak kau la Mie, dah kau yang minat”, hati berdetik lagi.

Alamak! Aku semacam kena cultural shock bila masuk ITM ni. Mana taknya, dulu masa kat Maahad dulu, mana ada open social macam kat sini ni…. “Macam mana nak bawak diri ni…”, hati berdetik lagi sekali.

Habis pendaftaran kolej penempatan aku dapat masuk Kolej Sempana Riau (SR). tengok senior macam garang gile diorang ni. Korang tak kenal aku lagi... Aku datang ni nak ganti tempat korang laa ni.. Kah! Kah! Kah!

“Masuk.. Masuk..”. Dengar satu suara dari dalam bilik yang aku ditempatkan. Nampak sorang mamat yang muka sebijik cam budak cina. “Bior betul ITM ni, kata takde orang bangsa lain selain Melayu kat sini”.Rupa-rupanya budak melayu daa. Punya le muka cam cina kat sebelah rumah aku tu. Apa nombor bilik aku pun aku dah tak ingat, tapi yang pasti Wing 2C.

Habis sesi orientasi hari tu, aku pun baliklah nak tidur. Mata dah kuyu gila ni…..

“Bangun! Bangun!”. Satu suara menjerit. “Hah! Ko ikut aku!”. Alamak! Mati aku malam ni. “Ada ke aku lawan senior siang tadi ni???” Aku ikut jer brader tu sampailah ke Wing 2B. “Masuk…” mamat senior depan aku ni ketuk satu pintu bilik. Bila terbukak jer pintu tu, Masya’allah.. ramainya senior guys kat situ. Adalah 2 orang budak junior yang sama dgn aku ni tengah buat macam2 gaya. “Kau masuk bawah katil ni dan pumping 10x!” tegas senior sorang yang aku ingat nicknamenya Chonet.

Aku ingat lagi yang aku dekat bawah katil sampai 1 jam lebih. Ada ke suruh aku pumping bawah katil, gile mamat ni! Dahlah kat atas katil tu duduk satu mamat yang semacam Bam Bam Bigelow punya badan. Aku buat jugak ler pumping tu tanpa bersuara sedikit pun….

Last sekali aku disuruh keluar dari bawah katil tu. Suara senior-senior tu dah semacam tak puas hati dgn aku ni. Apa taknya, tak sampai 10 pun aku buat pumping tu. Gila! Setengah mati aku nak angkat mamat Bam Bam Bigelow tu. Dahlah kepala tgh lalok ni! "Oii! Aku nak tidurlah!!!", aku menjerit dalam hati jer....

“Nah ambik rokok ni. Kau hisap rokok tak?” Tanya si Chonet ni. “Hisap bang”, aku jawab. “Duduk sini.” Chonet sound aku. Last2 aku hisap rokok dengan senior2 aku tu. Lepas tu aku pun raging sama member2 aku. Kah! Kah! Kah! Balik tidur? Pukul 4.30am baru aku balik bilik. Pukul 5.30am dah bangun beb.. berebut mandilah apa lagi….. Hari kedua pun bermula…

(05 Jan 2010 / 4.59am : Dah lepas study aku tak boleh tidur, aku tulis le apa yang aku ingat tentang zaman muda-mudi dulu…)

Sunday, January 3, 2010

Agenda dan Menu (Reunion 10/01/10)

Berikut adalah agenda dan menu yg sedang dibincangkan dan masih dalam perbincangan.. Mudah2an mendapat perhatian dan kerjasama dari semua pihak..

Agenda


9.00am - 9.20am : Kumpul kat PICC (Pendaftaran bermula) Sambil nak tunggu
semua ada, bolehlah peluk2 cium2 time tu..

9.20am - 9.45am : Buat tahlil dan doa selamat (siapa nak lead? angkat tangan!
Monn,camne?)

9.45am - 10.15am: Sesi menjamu selera
10.15am-10.45am: Group photos
10.45am-11.15am: Appoinment of Class Committee include next agenda
discussion such as Family Day or Aidil Fitri Celebration

11.15am-12.50pm: Continue sesi menjamu selera dan bertukar2 cerita
12.50pm- 1.00pm : Bacaan doa dan majlis bersurai (sape nak baca doa?)


Menu (update setakat skrg 3/01/10)

1) Fatin : satay
2) Fizie : tat telur & mini pizza or apple pie
3) Bougen : nugget
4) Nyot : air oren
5) Sabreena : muffin & (tgh difikirkan satu lagi menu),plastik sampah&tisu
6) Wak : kek besday & ? (tak cukup tu, kek utk budak2..utk emak bapak
budak apa? hehehe)
7) Nazri : kek coklat
8) Nik : sandwich telur dan sandwich sardin
9) Midah : bihun goreng atau spaghetti (sebenarnya tuan empunya diri blm
bagi kata putus, hehehe)

10)Monn : rojak petis (sedang fikir menu lain dan sedang dlm dilema samada
dpt join atau tidak)

Majalah ITM (July 94 - Jan 97)



Selamat Datang ke Blog Khas Utk Rakan Sekelasku

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani..

Alhamdulillah, dgn izin-Nya.. terciptalah blog khas utk teman2 sekelasku.. Aku create blog ini adalah utk tatapan teman2 tentang kisah kelas kita.. Tentang kenangan waktu kita di Segamat dulu dan tentang perancangan akan datang.. Insya Allah..

Insya Allah, lagi seminggu kita akan berkumpul utk perjumpaan kali pertama setelah hampir 13 tahun kita semua terpisah.. Terputus hubungan di antara satu sama lain.. Alhamdulillah, sejak kebelakangan ini kita dapat menyambungkan semula tali persahabatan yg telah sekian lama terputus.. Mudah2an tali persahabatan ini akan terus berkekalan hingga ke akhir hayat.. Insya Allah.. Amiin..